Sunday, April 19, 2009

Selamat datang ke My Batu Lesung Kitchen.

Salam Sejahtera dan selamat datang kepada blogers yang berada di luar sana. Ini adalah blog saya yang pertama, yang ingin berkongsi pendapat idea -idea baru tentang resepi masakan, tips-tips masakan dan petua. Disamping itu saya juga ingin mengetengahkan resepi-resepi masakan melayu daripada setiap negeri dan berbilang bangsa yang ada di malaysia yang bertuah ini.
seperti yang kita semua maklum dizaman yang canggih ini isu tentang masakan melayu sudah tidak lagi diambil berat oleh generasi baru yang serba canggih sekarang, kerana kebanyakan generasi sekarang lebih tertumpu kepada makanan segera yang terdapat diluar mahupun ianya adalah masakan melayu .Ini kerana mereka seringkali tidak ada masa untuk turun ke dapur.Sebenarnya masakan melayu tidaklah terlalu rumit dan bahan-bahan nya pun mudah didapati seperti di pasar tani, pasar malam dan pasaraya pasaraya yang ada.Daripada pengalaman saya sendiri sebenarnya makan masakan sendiri adalah lebih puas berbanding dengan membeli makanan siap yang berada diluar. Walaupun hanya menggoreng telur mata kerbau.Kepuasannya hanya diri sendiri yang tahu.
Segala pendapat dan idea serta komen yang dapat kita kongsi bersama sangat -sangat saya alu-alukan. Terima kasih. Silalah masuk jangan malu-malu.

1 comment: