Tuesday, April 21, 2009

Bihun Hailam


1. 1 packet bihun, direndam dengan air paip, hingga lembut dan kembang,toskan
2. 6 ulas bawang putih, diketuk
3. 6 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4. sedikit halia, ditumbuk
5. 2 cawan sawi, dipotong seinci
6. ½ cawan udang basah, dibuang kulit
7. ½ cawan isi ayam, dipotong nipis
8. ½ cawan bebola ikan/udang/sotong, dibelah dua
9. 2- 3 sudu makan lada hitam/lada sulah, ditumbuk
10. 2 sudu makan sos tiram
11. 1 cawan stok ayam
12. Gula dan garam secukup rasa.
13. Minyak
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia, hingga naik bau
3. Masukkan udang dan ayam dan goreng hingga putih.
4. Masukkan bebola ikan, sos tiram, gula dan garam, gaul rata
5. Masukkan stok ayam dam bihun, gaul rata
6. Akhir sekali masukkan sawi dan gaul hingga sawi layu.
7. Sedia untuk dihidangkan dengan kicap cili.Kicap cili10-15 biji cili padi dihiris + jus drdp. 1 biji limau nipis + 3-4 sudu kicapmanis. Gaul Rata.

Monday, April 20, 2009

masalavadai



bahan-bahan:-
  • 120g dal ( direndam selama 4 jam )
  • 1/2 camt jintan manis
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 1/2 cili hijau
  • 1 tangkai daun kari
  • garam ( secukup rasa )
  • minyak untuk menggoreng dengan minyak penuh
  • sehelai daun pisang 10cm
cara membuatnya:-
  • Sediakan dal. Basuh dan rendam dal selama 4 jam
  • Tuskan dan giling atau tumbuk 3/4 bahagian dal halus dan 1/4 bahagian kasar.
  • botong dadu bawang, cili dan mayang daun kari
  • campur semua bahan dan pes dal, bubuh garam secukup rasa.
  • bahagikan campuran kepada 7 bahagian dan bentukkan bulat diatas daun pisang yang disapu minyak.
  • gelongsorkan kuih ke dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan.
  • tuskan . hidang semasa panas.


Sunday, April 19, 2009

Pecal


Bahan-bahan:
  • 6 batang kacang panjang
  • 6 batang kangkung
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 2 keping tauhu kuning
  • 1 biji telur rebus
  • 2 camca minyak

Kuah kacang:

  • 6-8 biji cili kering
  • 1/2 inci belacan
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 camca besar kacang tanah goreng ( tumbukan )
  • 1 camca teh asam jawa ( kacaukan dengan air 1 cawan )
  • garam dan gula secukup rasa.

Cara menyediakan:

  • Sediakan sayuran. rendamkan cili kering dalam air panas.telur dipotong bujur.
  • bersihkan sayuran.
  • celurkan kacang panjang.kangkung.taugeh.
  • gorengkan tauhu. potong kepingan kecil.
  • membuat kuah. bakar belacan. tumbukan cili kering, bawang dan belacan sampai lumat.
  • tumiskan bahan yang ditumbukan tadi.tambahkan air asam jawa , garam dan gula . masak sampai mendidih. masukan kacang tanah dan biarkan sambal pekat sedikit.
  • apabila mendidih tuangkan kedalam mangkuk.
  • mengatur salad. potong kacang panjang sepanjang 1 inci. aturkan sayuran yang telah dicelur ke dalam pinggan bujur. hias bersama telur.
  • hidangkan kuah.

Hidangan : 4 orang

Ayam Masak Merah

( Untuk hidangan 6 orang )
Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ayam ( yang telah siap dipotong )
  • 1 senduk cili kering yang telah dikisarkan
  • 1 tin besar tomato puri /1/2 botol sos tomato maggi
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 3 inci halia ( di ketuk )
  • 2 ulas bawang besar ( di kisarkan )
  • 1 peket kecil rempah tumis ( Kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih )
  • sedikit kacang pis
  • Sedikit gula. ( secukup rasa *jangan terlalu manis )
  • Garam ( secukup rasa )
  • Ajinamoto ( secukup rasa )
  • 1 senduk minyak masak

Cara -cara membuatnya:

  • bersihkan ayam.
  • gorengkan ayam tersebut dengan meletakan sedikit garam. Goreng separuh masak.
  • toskan ayam tersebut.
  • sediakan bahan-bahan untuk sosnya.
  • panaskan minyak masak.
  • tumiskan rempah tumis sampai naik baunya.
  • kemudian masukan bawang putih sampai naik bau.
  • masukan bawang besar yang telah dikisarkan. Tumiskan sampai bertukar warna kekuningan sedikit.
  • kacau rata.
  • kemudian masukan halia.
  • kacau rata.
  • masukan cili kering yang telah dikisarkan.tumis sampai pecah minyak.
  • masukan sos tomato atau tomato puri.
  • kacau rata.
  • masukan garam ajinamoto dan gula secukup rasa.
  • akhir sekali masukan kacang pis. biarkan selama 1 minit.
  • kemudian masukan ayam yang telah digorengkan.
  • biarkan selama 3 minit. kacau rata, sebatikan (tambahkan air sedikit jika air terlalu pekat)
  • hidangakn panas-panas bersama nasi putih.
-

Selamat datang ke My Batu Lesung Kitchen.

Salam Sejahtera dan selamat datang kepada blogers yang berada di luar sana. Ini adalah blog saya yang pertama, yang ingin berkongsi pendapat idea -idea baru tentang resepi masakan, tips-tips masakan dan petua. Disamping itu saya juga ingin mengetengahkan resepi-resepi masakan melayu daripada setiap negeri dan berbilang bangsa yang ada di malaysia yang bertuah ini.
seperti yang kita semua maklum dizaman yang canggih ini isu tentang masakan melayu sudah tidak lagi diambil berat oleh generasi baru yang serba canggih sekarang, kerana kebanyakan generasi sekarang lebih tertumpu kepada makanan segera yang terdapat diluar mahupun ianya adalah masakan melayu .Ini kerana mereka seringkali tidak ada masa untuk turun ke dapur.Sebenarnya masakan melayu tidaklah terlalu rumit dan bahan-bahan nya pun mudah didapati seperti di pasar tani, pasar malam dan pasaraya pasaraya yang ada.Daripada pengalaman saya sendiri sebenarnya makan masakan sendiri adalah lebih puas berbanding dengan membeli makanan siap yang berada diluar. Walaupun hanya menggoreng telur mata kerbau.Kepuasannya hanya diri sendiri yang tahu.
Segala pendapat dan idea serta komen yang dapat kita kongsi bersama sangat -sangat saya alu-alukan. Terima kasih. Silalah masuk jangan malu-malu.